SELAMAT DATANG!

Amway Business Owner Aleeyn

Bisnes Amway Milik Semua. Semua Orang Punya Peluang Yang Sama

Bisnes Amway Milik Semua. Semua Orang Punya Peluang Yang Sama

“Ni Farah Alina kan?”

“Eh, Aleeyn! Saya selalu tengok awak. Saya kagum lah dengan awak. Hebat sangat!”

“Awak laju laaa dalam Amway.”

“Hebat la akak.. menang juara tajaan dan juara jualanABRM minggu ni.”

“75 hari dah capai Silver Producer kan? Macam mana awak buat?”

MashaAllah. Allah bagi hebat. Tiada upaya melainkan dengan izin Allah. Tapi nak tahu tak sebenarnya upline saya lagi hebat dan lagi laju. Fouders Diamond Dinde ialah insan yang cukup istimewa dan LUAR BIASA.

Saya dan Founder Diamond Dinde adalah rakan sekelas masa kami umur 18 tahun. Teman melepak, teman huhahuha, teman yang gila2 masa kami sama sama belajar di matrix dulu. Lepas masuk universiti, kami buat haluan masing-masing tapi still keep in touch. And who knows, rupanya beliau ialah my lifetime mentor sekarang, my business coach, leader dari SYURGA.❤️ Saya nekad dan berazam untuk TERBANG TINGGI sama sama dengan beliau dalam bisnes Amway ni.

Untuk berjaya dalam bisnes, terletak pada upline atau kita?

Seorang leader atau mentor hanya boleh bantu tunjukkan jalan sahaja, menjadi pemandu arah supaya kita tak langgar dinding berkali kali. Tapi yang paling berhak buat keputusan untuk tentukan SIAPA yang anda nak jadi , APA yang anda nak buat dan BAGAIMANA anda akan melaksanakannya adalah diri KITA sendiri. Kalau kita tak paksa diri kita sendiri , tiada siapa yang boleh bantu kita untuk kita capai impian dan cita cita kita . Maka yang paling utama adalah diri kita sendiri .

Dalam bisnes ni, target kena ada kalau kita nak grow, roadplan wajib tersusun, daily planning kena buat, usaha dan konsisten buat sampai nampak hasil yang kita inginkan . So pokok pangkalnya , diri kita sendiri adalah penentu kemana hala tuju kita dalam bisnes kita, upline sebagai waze yang menunjukkan jalan dan supporter nombor satu kita.

Mudah ke untuk saya sampai ke tahap sekarang?

Saya bukan influencer yang senang dapat APC atau ABO. Tak. Saya orang biasa. Sama macam anda yang sedang membaca penulisan saya ni. Saya berjuang sama macam anda, sama seperti orang lain. Kalau nampak saya juara tajaan dan jualan masa ABRM tu.. bukan mudah untuk saya sebenarnya. Saya usaha siang malam.. buat tanpa kenal erti lelah.

Sebab apa saya berusaha keras? Sebolehnya saya nak membanggakan upline saya, kedua ibu bapa saya, suami dan anak-anak saya, serta tak lupa saya nak menjadi inspirasi kepada anak team TGT saya.

Trust The Process

Kejayaan memerlukan usaha dan pengorbanan. Jatuh adalah lumrah. Namun, yang membezakan adalah kemampuan bangkit tanpa tunda. Ini adalah kebijaksanaan yang mulia.

Belajarlah untuk terus maju dan kejarlah sasaran dalam perniagaan. Fokuslah pada tujuan utama. Pada impian kita.

Renungkanlah dengan mendalam, saingi diri sendiri demi kemajuan diri. Kemajuan kita semua mengikuti proses yang sama. Perbezaan terletak pada tindakan yang diambil.

Perjalanan dalam bisnes ni sentiasa mencabar. Hanya mereka yang kuat dan sabar yang dapat meniti perjalanan ini.

Walaupun kelihatan mudah di mata orang, namun bagi yang mengalaminya, ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Kepatahan semangat adalah lumrah dalam perniagaan, tetapi kehebatannya terletak pada cara kita mengatasi rasa putus asa. Teruskan melangkah walaupun sukar, insyaAllah suatu hari yang pasti.. kejayaan akan menjadi milik kita.

Individu yang berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang sabar dan mempercayai pada PROSES.

Sentiasa Menghargai Diri Sendiri

Dah berterima kasih dekat diri sendiri harini?

Selalu kita cakap terima kasih dekat orang sebagai tanda menghargai apa yang mereka buat. Tapi kita lupa nak ucap terima kasih dekat diri sendiri.

Kadang-kadang kita fokus nak puji orang lain atau beri penghargaan kat team, tapi diri sendiri kita lupa hargai.

Dalam termenung tu baru terfikir “laa jauh dah aku pergi, dah sampai sini rupanya”.. Dah cuba list apa impian awal tahun haritu dan apa progress yang anda dah capai?

Bayangkan, kita dah usaha keras, kerja kuat, dan berani ambil risiko untuk buka bisnes sendiri. Tu bukan main susah tau! Banyak dugaan, banyak cabaran, tapi semangat kita masih sama tak padam-padam, hingga kita sampai ke tahap ni.

Ingat balik, waktu dulu nak start bisnes, dengan ada rasa takut tapi kita langgar je. Kita dah lalui masa susah, tak tidur malam, travel sana sini, kerja lebih masa. Semua tu bukan sia-sia.

Jadi, luangkan masa sikit untuk berhenti sekejap dan berterima kasih pada diri sendiri. Cakap dalam hati, “Eh, well done! Aku hebat!” Syukur pada diri sendiri atas keberanian dan ketabahan. Ini pun satu bentuk self-love dan self-appreciation yang penting untuk jaga mental dan fizikal.

Jangan lupa juga kita ada banyak perkara yang kita buat dengan jayanya. Bisnes mungkin tak perfect, tapi kita dah capai banyak benda. Bila kita berterima kasih pada diri sendiri, kita akan jadi lebih confident dan lebih positif. Dan bila kita confident, kita boleh hadapi cabaran dan kegagalan dengan lebih tabah.

Jadi, untuk semua sahabat bisnes saya, jangan lupa berterima kasih pada diri sendiri, ok? Celebrate each small win, dan ingatlah yang kita memang hebat! Teruskan usaha, dan jangan pernah lupa untuk sentiasa hargai dan sayang diri sendiri.

Jumpa anda di puncak kejayaan!

Leave a Reply