Health & Wellness

Sertai Komuniti Sihat Bersama Aleeyn

Cara Lembutkan Perut Lembu Supaya Suami Makin Sayang

Cara Lembutkan Perut Lembu Supaya Suami Makin Sayang

Cara Lembutkan Perut Lembu Supaya Suami Makin Sayang ? Minggu ini dua kali saya buat sambal goreng kesukaan suami tersayang. Inti yang ada dalam sambal goreng itu ialah

  • Ubi Kentang
  • Perut
  • Tempe
  • Suun
  • Kacang Tolo

Jadi macam biasalah, kalau ada perut ini, makan masa lah nak masak. Kena rebus perut tu lama-lama dulu sampai lah empuk dan lembut. Pernah sekali dulu, saya rebus perut tu satu jam je, alahai sedih! Nak kunyah pun tak boleh. Takut – takut gigi yang tercabut nanti. Liat benar!

Jika kita biasa memasak daging termasuk dengan organ dalaman haiwan. Perut lembu merupakan antara bahagian yang agak susah untuk empuk dan memasaknya pula memerlukan masa yang lama. Entri kali ini saya kongsikan 10 tips untuk melembut dan mengempukkan perut lembu. Ya, ternyata berkesan!

10 Tips Lembutkan Perut Lembu

1. Sudu Besi

Rebuskan perut bersama dengan sudu besi dan boleh terus memasak seperti biasa walaupun sudu berada bersama.

2. Sudu Kaca

Rebuskan perut bersama dengan sudu kaca dan boleh teruskan memasak mengikut resepi yang anda inginkan tanpa perlu mengeluarkan sudu kaca.

3. Betik Muda

Rebuskan perut bersama dengan betik muda, apabila perut sudah lembut, Toskan air dan masak seperti biasa.

4. Daun Nangka

Rebuskan perut bersama dengan daun nangka, pastikan daun dicuci betul-betul bersih sebelum direbuskan. Apabila perut sudah empuk. Toskan air rebusan dan bolehlah terus memasak mengikut resepi yang diinginkan.

5. Beras

Rebus beras bersama dengan perut. Tunggu sehingga perut menjadi benar-benar lembut dan empuk. Buangkan sisa nasi yang melekat. Kemudian bolehlah terus memasak tanpa perlu membasuh perut lembu semula.

6. Ais Batu

Cuci dan bersihkan perut terlebih dahulu.Rendamkan perut ke dalam ais batu kemudian biarkan selama setengah jam. Toskan air batu. Perut lembu sedia untuk dimasak.

7. Akar Daun Pandan

Bersihkan akar daun pandan dan buangkan tanah yang melekat disekelilingnya. Rebus perut lembu bersama dengan akar pandan terbabit. Apabila sudah empuk, toskan air rebusan tadi. Kemudian bolehlah memasak seperti biasa.

8. Halia

Tumbuk halia dan gaulkan dengan garam. Kemudian sapukan bahan ini ke perut lembu dan perapkan selama setengah jam. Cuci dan siap untuk dimasak.

9. Air Kelapa

Rebus perut bersama dengan secawan air kelapa muda. Selepas lembut bolehlah masak seperti biasa.

10. Cuka Makanan

Selalunya cara ini digunakan jika memasak dalam jumlah yang banyak seperti 3 kilo dan keatas. Untuk setiap 3 kilo, tambahkan setengah cawan cuka dalam masakan. Jangan risau, perut tidak akan menjadi masam kerana cuka tersebut asalkan tidak dimasukkan secara berlebihan.

Cara-cara diatas ini juga boleh dipraktikkan untuk memasak daging juga. Untuk memasak perut lembu memakan masa yang lebih lama dari daging. Jadi, petua diatas pastilah akan memberi kesan lebih cepat untuk daging.

Saya sendiri biasa menggunakan 2 tips daripada 10 petua di atas.Biasanya saya akan rendam perut dalam ais batu kemudian rebus bersama sudu besi. Hasilnya, perut jadi sangat lembut dan enak dimakan!

Selamat mencuba! 🙂 cara lembutkan perut lembu

Kebaikan Perut Lembu

“Daging2u menyediakan perut lembu yang telah dibersihkan, halal, dan berkualiti tinggi. Perut lembu adalah daging yang agak liat dan perlu disediakan dengan betul untuk dimakan. Biasanya, daging ini direbus untuk menjadikannya empuk. Selain rasanya yang enak, perut lembu juga mempunyai pelbagai jenis kebaikan untuk kesihatan kita.

Perut lembu yang berkualiti tinggi boleh meningkatkan rasa masakan kita dan mempunyai aroma khas yang ringan. Daging ini mudah mengambil rasa mana-mana cara ia dihidangkan dan sering digabungkan dengan makanan beraroma lain.

Daging2u menawarkan perut lembu jenis honeycomb tripe yang empuk dan mempunyai rasa yang enak. Terdapat empat jenis perut lembu, tetapi jenis honeycomb ini menjadi pilihan yang popular. Perut lembu yang berkualiti tinggi juga mempunyai nutrien tinggi dan rendah kalori.

Perut lembu juga dapat membantu mencegah anemia kerana kaya dengan vitamin B12. Pemakanan daging yang mempunyai kandungan protein tinggi dapat membantu mengawal selera makanan dan berat badan. Perut lembu juga rendah kalori dan lemak berbanding dengan sumber protein haiwan yang lain.

Di Malaysia, perut lembu air asam menjadi resipi yang popular. Resipi ini mudah disediakan dengan merebus perut lembu dan mengisar cili api, belacan, gula, garam, air asam jawa, perahan limau nipis, dan limau kasturi serta sedikit air. Kemudian, gaulkan kisaran dan daging perut lembu dengan sebati.

Perut lembu juga dapat dimasak sebagai masak lemak bersama cili rebung. Resipi ini memerlukan rebung putih, cili padi, serai, bawang merah, bawang putih, halia, asam gelugur, dan santan.”vcara lembutkan perut lembu

Tips Lain Lembutkan Perut Lembu

Agar perut lembu menjadi lembut dan empuk, terdapat beberapa tips yang dapat diikuti:

  1. Rendam perut lembu dalam air dingin selama beberapa jam sebelum dimasak untuk membantu menghilangkan bau yang kuat dan membersihkannya dengan baik.
  2. Setelah direndam, rebus perut lembu dalam air mendidih selama 10-15 minit. Kemudian, buang air tersebut dan bilas perut lembu dengan air bersih.
  3. Gunakan tekanan rendah dalam penggunaan panci tekan atau slow cooker untuk memasak perut lembu selama beberapa jam hingga lembut dan empuk.
  4. Tambahkan bahan-bahan yang dapat membantu melembutkan daging seperti air asam jawa, soda kue, dan cuka selama proses memasak.
  5. Potong perut lembu menjadi ukuran kecil untuk membantu mempercepat proses memasak dan membuat daging lebih lembut.

Dengan mengikuti tips ini, perut lembu dapat menjadi lebih lembut dan empuk, dan lebih enak dimakan.

Resepi Kerabut Perut

Ini adalah resepi untuk menyediakan hidangan Kerabu Perut. Pertama-tama, rebuslah 250gm perut lembu hingga empuk. Kemudian, iris beberapa biji tomato dan bawang merah. Ambil juga beberapa helai daun selom dan hiris halus. Jangan lupa sediakan kerisik kelapa, garam, dan gula secukup rasa.

Kemudian, campurkan semua bahan-bahan tersebut dalam satu mangkuk besar dan gaul sebati sehingga tercampur rata. Tambahkan sedikit air perahan limau nipis untuk memberikan rasa asam yang menyegarkan. Akhir sekali, taburkan sedikit lada merah yang telah dihiris dan serbuk lada hitam.

Kerabu Perut siap dihidangkan dan boleh dinikmati sebagai hidangan pembuka atau sebagai lauk pauk untuk hidangan utama. Selamat mencuba! cara lembutkan perut lembu

Leave a Reply