Health & Wellness

Sertai Komuniti Sihat Bersama Aleeyn

Kesihatan Bermula Dari Usus. Gut Reset

Kesihatan Bermula Dari Usus. Gut Reset

Berat makin bertambah? Susahnya nak kurus?! Anda nak tahu. terdapat banyak faktor yang dikaitkan dengan penambahan berat badan, namun yang paling biasa adalah berkait dengan diet dan pengambilan makanan kita. Diet tidak sihat yang tinggi lemak, gula, karbohidrat dan rendah serat merupakan salah satu punca utama penambahan berat badan. Bukan itu sahaja, diet tidak sihat turut memberikan kesan ke atas kesihatan usus kita dengan mewujudkan ketidakseimbangan dalam mikrobiom usus.

APA ITU MIKROBIOM USUS?

Terma “mikrobiom usus” merujuk kepada mikroorganisma yang tinggal dalam usus anda. Setiap
orang mempunyai lebih daripada 1,000 spesies bakteria, virus dan kulat berbeza yang tinggal dalam
saluran penghadaman kita.

Mikrobiom usus mempunyai banyak fungsi dalam badan kita. Ia membantu menghadam nutrien, mengawal penggunaan tenaga, menyokong sistem imun kita dan menghantar isyarat ke otak yang mengawal rasa lapar dan mood kita.

Sebarang perubahan dalam usus seperti pengurangan mikroorganisma bermanfaat ATAU peningkatan dalam mikroorganisma yang tidak diingini ATAU kekurangan kepelbagaian mikroorganisma dalam usus boleh menjejaskan kesihatan kita.

FAKTOR YANG GANGGU KESIHATAN USUS SELAIN MAKANAN

Jika anda fikir kesihatan usus ni terjejas daripada makanan je, anda silap. Ada beberapa faktor lain yang sebenarnya menggangu kesihatan usus, antaranya ialah tekanan, ketaktoleranan laktosa, kurang tidur, sembelit, cirit birit dan alkohol. Saya pasti ramai antara kita yang ada masalah stress, sembelit dan kurang tidur ni kan. Itulah sebenarnya yang menyebabkan kesihatan usus anda terganggu.

Mikrobiom usus yang lemah telah dikaitkan dengan penyakit jantung, paru-paru dan kulit,
imuniti yang lemah dan khususnya, melambatkan metabolisme badan yang boleh menyebabkan
penambahan berat badan. Sekarang anda boleh nampak kan, bila kesihatan usus anda terganggu, ia akan menjadi faktor berat anda bertambah.

Apa tanda-tanda anda perlu buat Gut Reset?

Zaman sekarang ni, jika kita lihat disekeliling kita, ramai je rakyat Malaysia yang ada tanda-tanda usus anda perlu direset semula (gut reset). Anda boleh perhatikan gambar di bawah, jika anda ada antara 8 tanda tu bermakna anda perlu buat gut reset dengan segera.

Bagaimana hendak mengekalkan USUS YANG SIHAT?

Mengekalkan keseimbangan yang baik serta kepelbagaian mikrobiom adalah penting. Usus anda mesti
terdiri daripada 85% bakteria yang baik dan 15% bakteria yang tidak baik.

Ingat selalu ya, KESIHATAN ANDA BERMULA DENGAN USUS. Mulakan Set Semula Usus Sihat (GUT RESET) 14 Hari untuk mengimbangkan semula mikrobiom badan anda dan menyediakan badan anda untuk menyerap nutrien dengan lebih baik dan seterusnya membantu anda menyesuaikan diri dengan pelan sajian yang lebih sihat dan panduan senaman.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang Set Semula Usus Sihat (GUT RESET) ni, tunggu tau entri saya yang akan datang.

Leave a Reply