Health & Wellness

Sertai Komuniti Sihat Bersama Aleeyn

Noxxa Pressure Cooker Amway

Noxxa Pressure Cooker Amway

Noxxa Pressure Cooker Amway ni memang viral. Entry ni Aleeyn tulis pada 3 April 2023 tau kawan-kawan. Pertama kali Aleeyn nak kongsi tentang Noxxa Pressure Cooker ni walaupun Aleeyn dah jadi user periuk ni sejak dari 2015 lagi! Heh.

Bukan tak nak berkongsi , tapi memang sebelum ni beli Noxxa Pressure Cooker Amway ni untuk pakai sendiri je. Untuk mudahkan urusan masak-masak kat dapur bila dah ada anak yang pertama. Itupun sebab tertarik bila biras Aleeyn share yang dia masak daging jadi mudah sangat dengan Noxxa Pressure Cooker ni.

Memori Terjebak Dengan Noxxa Pressure Cooker Amway

Masa tu kami tengah masak sama-sama dekat rumahmak mertua, dan menu masa tu adalah daging masak kicap dan sambal jawa (dalam menu ni wajib ada perut). Nak dijadikan cerita, daging dan perut tu hari tu punyalah lambat nak empuk. Dah masukkan sudu besi dalam periuk (tips orang lama nak empukkan daging) pun masih lagi belum empuk. Last-last biras Aleeyn pun cerita lah kalau kat rumah dia di Johor dia guna Noxxa Pressure Cooker memang takde masalah macam ni. Sekejap je setle. Daging jadi lembut dan lebih enak. Tak renyah gini. Lepas tu dia cerita lagi keajaiban periuk noxxa ni buat Aleeyn yang dengar ni rasa teruja sungguh!

Apa lagi, Aleeyn pun cakap “nak beli juga perium noxxa tu kak Emi!”.

Hahaha. Kena racun sungguh kan. Sebenarnya Aleeyn terus setuju nak beli sebab kak Emi kata boleh bayar ansur-ansur selama 10 bulan. Oh lagi lah on. Pulak tu,  bulan pertama bayar ansuran tu dan terus dapat barang, terus boleh guna. Aihh syok nih!!

Berbaloi ke belo Noxxa Pressure Cooker tu?

Apa yang Aleeyn boleh katakan, memang berbaloi baloi sangat sangat. Pelaburan untuk gajet dapur yang menguntungkan. Dengan satu periuk je kita boleh buat macam-macam masakan. Jimat masa pulak tu. Mudah? Ah tak yah cakap. Memang mudah!

Noxxa Amway

Noxxa versi lama yang Aleeyn beli masa 2015 dulu tu. Sampai sekarang 2023 Noxxa ni masih elok dan masih Alin gunakan tau. Bayangkan dah 9 tahun, masih elok dan berfungsi dengan baik. Walaupun selalu balun guna untuk masak. Hehe.

 

PERIUK NASI PELBAGAI FUNGSI SEMUA DALAM SATU

Noxxa Pressure Cooker Amway ni didatangkan dengan periuk dalaman tak melekat berkapasiti 8L. Yang periuk dalam tu boleh ditanggalkan dan ianya dilapisi dengan salutan DUPONT Teflon Platinum bergred makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk semua peralatan memasak tidak melekat yang berkualiti tinggi. Wow sangat kan!

Noxxa Pressure Cooker ni mempunyai fungsi-fungsi lain termasuklah:

  1. Lampu penunjuk LED dengan 2 tetingkap paparan
  2. 10 fungsi memasak (Sup/Air Rebusan, Daging/Stew, Kek/Bakar, Tekanan Rendah, Goreng Kilas, Nasi, Aneka Biji-bijian, Bubur, Kukus, Masak Perlahan) dengan 3 masa pratetap dan/atau tetapan suhu yang boleh disesuaikan (Less, Normal, More) untuk setiap fungsi
  3. Mula memasak secara automatik 4 saat selepas memilih fungsi
  4. Fungsi Memori Pemasa Pintar – Menyimpan dan mengingati masa dan/atau suhu yang ditetapkan.

 

CIRI-CIRI NOXXA PRESSURE COOKER AMWAY

Noxxa Pressure Cooker mempunyai banyak ciri-ciri hebat yang lain juga. Ciri ni lah yang buat Aleeyn jatuh cinta dengan Noxxa Pressure Cooker ni.
Ciri-ciri tu ialah:
  1. Melihat tekanan memasak dalaman dengan penunjuk LED untuk fungsi memasak dengan tekanan
  2. Fungsi Hangat yang boleh disesuaikan – Memastikan makanan kekal hangat sehingga 12 jam dan pilihan untuk mengekalkan kehangatan secara automatik atau membatalkan fungsi Hangat selepas proses memasak tamat. So tak yah susah kan nak perangatkan makanan atas dapur macam selalu.
  3. Pilihan suhu – mengawal suhu memasak untuk fungsi Goreng Kilas dan Masak Perlahan
  4. Pemasa tunda untuk menunda proses memasak sehingga 24 jam
  5. Penyediaan makanan berkhasiat yang dibuat sendiri dengan pantas.

Review Noxxa Pressure Cooker Amway

Aleeyn nak kongsi review Kak Nur tentang Noxxa Pressure Cooker ni. Kak Nur ni cukup suka la Noxxa PC ni sebab ada fungsi ‘Delay Timer’ yang boleh set nak start masak pukul berapa untuk menu done on time sementara kita kruh2 berdengkor. Selain tu Kak Nur kata Noxxa Pressure Cooker ni:
MASAK CEPAT, JIMAT MASA
Kita selalu alami perkara ini, rushing balik dari tempat kerja pada waktu petang untuk sediakan makan malam untuk keluarga. Sudah la penat, nak memasak lagi… Untunglah mereka yang menggunakan periuk tekanan Noxxa. Masak nasi 7 minit, masak ayam 5 minit, masak sayur 2 minit. Periuk noxxa menjimatkan masa memasak sehingga 60% daripada kadar biasa. Campak, campur dan tinggalkan urusan memasak kepada Noxxa.
RASA ENAK, NUTRIEN MAKANAN KEKAL
Semakin lama anda memasak makanan dan sayuran, semakin banyak nutrien yang baik akan terhapus! Oleh kerana memasak dengan periuk tekanan masakan lebih cepat siap, jadi kandungan nutrien hidangan anda masih banyak dan segar! Rasanya..emmm pasti enak dan rasa jauh meresap ke dalam makanan.
MUDAH KEMAS, DAPUR TAK BERSEPAH
Oleh sebab kita memasak dengan satu periuk tekanan, jadi anda hanya perlu bersihkan satu peralatan sahaja. Masukan semua bahan ke dalam pot dan tunggu sehingga masak. Jadi kita berpeluang berehat lebih awal.
HIDANGAN ISTIMEWA BILA BILA MASA
Bagi yang suka makan nasi arab, ia adalah hidangan istimewa yang lazat. Masa menyediakan semua hidangan pun agak panjang dan biasa masak pada hari minggu atau hari cuti sahaja.Dengan periuk tekanan, kini masa memasak dan persediaan hidangan semakin cepat! Kita boleh makan nasi arab tiap tiap malam jika mahu. Hahaha!
JIMAT ELEKTRIK
Pernah masak telur goreng selama 10 minit dengan dapur gas? Nak tahu kenapa lambat? Sebab api asyik menari-nari bila ditiup angin malam. Terutamanya yang tinggal di apartment tingkat atas, jadi memang selalu angin kencang. Dengan periuk tekanan, anda tak perlu risau tentang bekalan gas, tiupan angin dan kos kos lain. Periuk noxxa memasak dengan cepat, jadi sedikit sahaja elektrik yang digunakan. Tak perlu lagi angkut tong gas yang berat tu lepas ni.
TAK KENA BAHANG API @ PANAS BERPELUH
Memang menjadi adat kalau check-in di dapur maka berpeluh panas la jawabnya. Mana kan tidak, menghadap api memasak, menggacau sup dan kerja-kerja dapur yang lain. Memang bau bawang + peluh la hasilnya. Tapi anda boleh relak sikit dengan periuk tekanan Noxxa. Ini kerana ia menyimpan dan mengekalkan haba masakan dalam periuk. Jadi haba tersebut digunakan sepenuhnya untuk memasak.
BUAT STOK MAKANAN SEJUK BEKU
Dengan fungsi masak dalam tekanan tinggi, bakteria dan kuman mudah dihapus, jadi makanan yang baru dimasak boleh terus dibekukan dalam bekas kedap untuk mengawet secara semulajadi. Jadi ia tahan lama dan boleh dipanaskan semula bila nak makan nanti.
noxxa pressure amway
Bagi yang berminat nak dapatkan Noxxa Pressure Cooker Amway ni, boleh hubungi Aleeyn untuk harga istimewa dan insyaAllah Aleeyn jamin Noxxa PC ni dapat membantu memudahkan kerja anda di dapur. Sebenarnya untuk masak sedap, enak dan cepat tak perlu kemahiran memasak sangat pun, cukuplah kita bijak untuk guna gajet yang bantu kita memasak. Hehe
Noxxa Pressure Cooker ni memang setiap rumah wajib  ada. Ini baru satu , kalau ada YANG INI (klik sini) lagi lah mudah jadi nya kerja mengemas anda. 😛
noxxa pressure cooker amway
Kerja Memasak Jadi Lebih Mudah Dengan Adanya Noxxa Pressure Cooker

Leave a Reply